Pages

Saturday, 31 December 2011

Selamat Menyambut Tahun Baru 2012

 Seperti kebiasaan acara "check net" diadakan di pelbagai frekuensi...

Sejak akhir-akhir ini, audio yang empunya diri dengari dari stesen sedia ada agak kurang memberangsangkan. Hmmm... kemungkinan besar telah berlaku perubahan pada antenna yang telah lama didirikan. Walaubagaimanapun, alhamdulillah dapat juga menyampaikan ucapan tahun baru 2012 sebagai tanda sokongan kepada aktiviti Net (PARTS) di mana 9W2SBD mengendalikannya.

Semoga pelbagai aktiviti yang lebih menarik dapat dirancang buat semua rakan-rakan RA yang dikenali dan yang belum dikenali di mana sahaja anda berada :)

Mendapat sms daripada 9W2JOI, yang esok akan diadakan eyeball pada jam 12 tgh di Ipoh. Pergi, Tak, Pergi, Tak..... he he he... tengok mood esok.... Juga satu lagi sms, kali ini daripada 9W2NIM mengenai perjumpaan PARTS pada 2/1.  Hanya Insya'Allah dapat empunya diri katakan .. Wow.. empunya diri kelihatannya setiap hari punya "event" yang boleh dan perlu dihadiri... di Ipoh.

p.s Kena cari satu rumah di bandaraya kelahiranni....


- Menulis dari Pulau Pangkor

0 feedbacks:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...