Sebaik sahaja melepasi persimpangan S. Petani Selatan, empunya diri dapat melihat pelbagai kenderaan berantena panjang menuju hala yang sama. Selain dari itu empunya diri juga amat tertarik dengan keindahan pemandangan di kiri dan kanan jalan raya. Teringat lukisan pemandangan sewaktu sekolah dahulu - ada gunung ganang, sawah padi, mentari yang hampir terbenam dan lain-lain. Terasa diri ini ingin berhenti dan merakamkan keindahan tersebut walau bagaimanapun perjalanan perlu diteruskan kerana keadaan senja yang semakin hampir.
Setibanya di lokasi, ada beberapa wajah yang empunya diri masih ingat dan ada juga yang begitu asing.... Ada wajah yang empunya diri ingat callsignnya tetapi jika ditanya nama.... mungkin tidak dapat memberikan jawapan yang tepat... dan tidak kurang juga .. wajah diingat tetapi callsignnya .. errr...errr... Yang mengenali pasti akan menegur, bertanyakan khabar dan menanyakan pelbagai soalan.
![]() |
| 9W2KKK dan rakan-rakan menguruskan pendaftaran |
Yang bagusnya pertemuan ini akan mempertemukan "elmers" dan mereka yang baru mengenali dunia ini. Alhamdulillah, peluang mendengar pengalaman mereka masa lalu tidak empunya diri lepaskan.
| Barisan "elmers" |
Malamnya mega eyeball.

0 feedbacks:
Post a Comment