Pages

Monday, 28 November 2011

Perlis Indera Kayangan

Lokasi Majlis Perkahwinan

Dalam tempoh tak sampai sebulan, empunya diri kembali lagi ke negeri ini. Kalau dulu bersama rakan-rakan sekerja, tetapi kali ini bersama saudara mara memeriahkan majlis perkahwinan.  Asyik kerja aje... tak jadi juga.  Kebetulan pulak "boss" memberikan kesempatan berada di luar Pangkor terlebih awal dari jangkaan, dapatlah bersama keluarga.

Bersama ibunda selepas Majlis Akad  Nikah - Saiffi & Mira pada awal tahun baru 1433H

Bergerak pada hari Sabtu pagi dan bermalam di "homestay" yang disediakan.  Kali ini empunya diri menjadi penumpang lebih dari menjadi pemandu, jadi hanya stesen radio komersil sahaja yang menjadi halwa telinga. "Zero Ham Radio"  - tak boleh menghubungi dan dihubungi :) walaubagaimanapun tak semestinya tiada rakan radio yang akan ditemui.

Pengantin Baru (pengantin lelaki adalah sepupu empunya diri)


9W2LPP (juga merupakan rakan sekerja sepupu empunya diri) Terima kasih kerana memenuhi undangan.


p.s Ada seorang lagi rakan RA (9W2GVI) dikhabarkan hadir bersama 9W2LPP, tetapi terlepas dari lensa kamera empunya diri :)

2 feedbacks:

  1. Kak Yong, minta kebenaran saya cilok gambo kenduri dari blog..sorang lagi tu 9W2GVI, housemate Saifi dlu..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...